Salam tahun baru 2016 buat semua. Kejap betul masa berlalu dari tahun ke setahun. Tahun ni aku habiskan cuti panjang aku kat hometown dengan family. Sambil tu aku layan dua orang anak buah bujang aku ni. Macam-macam ragam diorang. Nasib mak ngah dia ni sabar orangnya. Sunyi pulak rasa rumah ni bila hero-hero kecik ni dah balik KL. Maklumlah nak bukak sekolah dah. Back to reality! Lemau pulak rasa bila nak start masuk kerja balik Isnin ni. Work hard play hard! Bila tengok orang ramai busy dengan persiapan kembali ke sekolah, teringat pulak kenangan lama masa aku belajar dulu. Macam mana sibuknya mak aku pergi hantar kain baju sekolah kat tukang jahit favourite kitaorang. Then mesti ada kasut baru sepasang. Tapi bila dah naik form 5 aku tak beli pun kasut baru sebeb dah nak habis sekolah pun. Bila first day sekolah mesti blur tak tau nak buat apa melainkan berborak dengan kawan kelas tentang kisah cuti masing-masing. Then cikgu pulak sibuk panggil untuk amik buku teks baru. Lain pulak bila aku belajar time degree dulu. Takde persiapan bila bukak semester baru melainkan susun jadual waktu ikut masa kita sendiri. Pastinya aku takkan amik full class pada hari Isnin dan Jumaat. Aku kasi full class untuk Selasa, Rabu then half day Khamis. Motif? sebab Isnin dan Jumaat adalah hari untuk aku outing or balik kampung. Relax sungguh student life aku dulu. Rindu pulak zaman belajar dulu. Tapi semuanya dah berlalu. Sekarang masa untuk memulakan hidup dalam alam dewasa. Aku nak hidup yang sederhana saja yang mana aku boleh membahagiakan insan-insan tersayang dalam hidup aku. Walaupun sebelum ni aku pernah kecewa dalam perhubungan tapi tak bermakna tiada peluang untuk aku rasa bahagia lagi selepas ni. Aku bukan orang yang suka hidup dalam kenangan silam. Dan aku akan 'make peace' dengan orang yang pernah ada dalam hidup aku dulu. Tiada dendam atau benci. Hanya aku berdoa semoga mereka semua bahagia dengan hidup masing- masing. Sekarang aku dah ada AJ dan InsyaAllah aku akan jaga dia dan lakukan yang terbaik untuk dia. Amin. Lastly, aku berharap semoga tahun 2016 akan menjadikan aku seorang hamba Allah yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan aku berdoa agar AJ akan terus berjaya dalam pengajian dan kerjayanya kelak. Jaga diri semua. Selamat malam!
p/s : can't hardly wait : part 2 :)
Selamat tahun Baru 2016, Otisugus. Moga 2016 membawa many more happy and wonderful years.
ReplyDeleteThank you MaryH...hehe same goes to you :)
ReplyDelete