Tuesday, July 22, 2014

:: Patience ::

  

Just hold me close inside your arms tonight
Don't be too hard on my emotions.

One of my favorite boy bands since I was 13 :)
I love all of their songs so much especially the Greatest Hits album.

p/s : i heart u baby XOXO

Sunday, July 6, 2014

:: Always a Traveller ::


 

Tadi masa aku duk belek cite² yang dah adik aku record tetiba aku ternampak title 'Always A Traveller'. Program ini membawa penonton untuk melalui kisah Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina yang mengambil satu perubahan mendadak dalam hidupnya apabila menyaksikan beliau memakai hijab dan menghantar mesej jelas kepada dunia mengenai transformasi beliau. Mizz Nina terus mendalami kesedaran rohani dan perjalanan Mizz Nina menemui intipati sebenar hadis melalui wacana rohani dan peribadi dengan Yasmin Mogahed, seorang penulis Islam antarabangsa terkenal dan prolific serta penceramah yang melancarkan bukunya “Reclaimed your heart” pada 2012. Dari dulu lagi aku memang mengikuti Yasmin Mogahed melalui fb dan instagram beliau. Aku suka cara penyampaian dan dakwah beliau. Sangat sederhana dan senang untuk difahami. Aku kagum dengan cara Mizz Nina melakukan transformasinya. Istiqamah. Sebelum penghijrahan, aku sangat meminatinya kerana dia seorang yang merendah diri dan kurang gossip berbanding artis lain. Namun, selepas penghijrahannya dia kelihatan sangat tenang dan meneruskan hidup sebagai hamba Allah yang sentiasa berubah untuk menjadi yang lebih baik. InsyaAllah di bulan Ramadhan yang mulia ni aku berdoa semoga aku diberikan kekuatan oleh-Nya untuk melakukan perubahan walaupun sedikit untuk menjadi insan yang lebih baik untuk hari-hari yang mendatang. Amin. Ciaooo!

:: Param ::

'Syg, nanti pukul 6+ ni I nak g param tau'. 

'Haa..param tu ape?'

'Param tu pasar ramadhan la syg oi'

'Heee yeke..i xtau. Ingatkan kedai india tadi. Cakap la bazaar..huhuhu'

'Hahaha no la..sini setengah orang panggil param'

'Oh yeke...hehehe :)'

Bila datang bulan Ramadhan ni tempat yang paling hot semestinya Param or bazaar Ramadhan. Lepas kerja sure ramai yang akan shoot ke sini cari juadah untuk berbuka puasa kelak. Sememangnya macam² juadah ada kat sini. Sebut je sure dapat punya. Bila sampai bazaar ni sure aku jadi rambang mata kejap. Kena jentik tekak dulu then tanya otak. Kalau tanya tekak je ni memang macam² la dia nak makan kan sebab kalau ikut nafsu memang pembaziran la jadinya malam tu. Pastu mata melilau cari juadah apa yang menarik. Nampak yang beratur panjang tu confirm yang sedap punya kan. Hahaha. Tapi aku tak la gigih nak beratur jugak sebab aku selalu tak la beli banyak sangat juadah ni. Cukup la main course dan dessert. Bagi aku kita kena berhati-hati jugak bila pilih juadah kat bazaar ni sebab kebersihan diri dan makanan adalah sangat penting. Nasib la kan if dapat peniaga yang ikhlas berniaga InsyAllah lepas tu pasti aku datang lagi gerai tu sebab makanan yang dijual kena dengan selera dan cukup rasa. Tapi if dapat peniaga yang hanya nak cekik darah orang tu memang aku pangkah terus la gerai dia lepas tu. Alhamdulillah, so far aku xde lagi sejarah sampai keracunan makanan lagi selepas beli makanan di bazaar. Mintak dijauhkan la sebab kalau bab² perut ni aku memang sensitif sikit.Lagi satu aku kalau pusing bazar ni mesti tak boleh lama² sebab nanti mesti ada je food yang aku tak patut beli aku beli. So if aku beli lebih cepat² aku suruh housemate aku share dengan aku sebab bukan habis pun if aku makan sorang kan. Jadi bila jejak kaki ke bazaar aku kena ingat nawaitu aku yang satu tu betul². Seingat aku selama seminggu berpuasa baru dua kali je aku pergi bazar tu pun kat area rumah aku then kat kampung aku semalam. Alhamdullilah dah seminggu kita berpuasa, semoga hari² yang bakal dilalui akan dipermudahkan dan dirahmati oleh-Nya. Amin. Ciaooo!

p/s : Boyot oo Boyot

Friday, July 4, 2014

:: Hey You ;) ::




p/s : everyday i love you :)