Thursday, February 18, 2016

:: Gurindam Jiwa ::

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan...

Katakanlah padaku
Warna pintumu itu
Biar aku tak keliru
Biar ku mudah tak keliru
Katakanlah untukku
Warna hatimu itu
Biarku tahu
Apa yang harus
Apa yang harus ku perlaku

Demi rahsia yang kian tak terbendong
Demi cinta yang kian tak terkandang

Kau telah merubah
segalanya dalam hidupku
Kini aku bukan lagi paus biru yang kesepian (gemuk sangat bunyinye :p )
Biar aku serahkan belati tua (woww i like it...grrrr)
Ini di tanganmu
Menentukan nasib badan
Di tulang belulang
Si Gunung Tahan


Tetiba lately terminat pulak dengar lagu-lagu lama. Bila tengok AJL30 hari tu baru rasa yang diri ni dah meningkat usia. Rindu zaman 90an wei. Walaupun masa tu tak secanggih kini tapi kenangan lama masih tersimpan dalam memori sehingga kini. Kadang tersenyum sendiri aku. Ye..sesungguhnya aku merindui zaman itu. Tapi bagi aku semakin meningkat umur maka terasa semakin dekat aku dengan sesuatu yang pasti iaitu 'kematian'. Um...insaf kejap bila dapat berita ada beberapa orang kawan sebaya umurku yang telah pergi mengadap Allah SWT. Sebak! Hari-hari aku kini berlalu seperti biasa. Sesibuk mana pun aku, pasti aku akan luangkan masa bersama kesayangan aku. Walaupun dia jauh di mata aku tapi dia sentiasa ada di hati aku. Selalu ada! Last year aku layan series The Fosters yang direcommendkan oleh AJ. Best! Sampai hari ni aku masih follow series ni walaupun new episode baru keluar last Monday. Bila aku tengok citer ni memang aku nak sangat hidup dengan AJ bersama-sama. InsyaAllah one fine day I hope my dream will come true. Amin.

No comments:

Post a Comment