Wednesday, October 12, 2016

:: Missing ::

If I died tonight
I think I would like to come back
as your morning coffee.
Just as strong and just as necessary.

-TKG-

Sunday, October 9, 2016

:: Faded ::


  

p/s : get well soon! :)

Tuesday, August 30, 2016

:: Cekodok Pisang Atuk ::


29 Ogos 2016, 7.45am, Gurun : Masa aku tengah drive balik ke Utara tetiba ayah aku call. Dalam hati aku berkata kenapa tetiba call time ni sedangkan aku cakap bila aku dah touchdown BKH baru aku akan call ayah. Rupa-rupanya ayah nak bagitau aku yang atuk aku baru je menghembuskan nafas terakhir pukul 7.20am kat dalam bilik di teratak dia ditemani mak dan makcik aku. Aku kaget. Sedangkan baru semalam atuk tegur aku melalui celah tingkap bila aku baru sampai dari KL. Masa tu aku terburu-buru masuk rumah sebab lapar sangat. Tak sangka tu ucapan terakhir atuk untuk aku. Then esok pagi selalunya aku akan singgah jumpa atuk sebelum balik BKH tapi pagi semalam aku tergesa-gesa masuk kereta sebab dah lewat. Aku tak sempat jumpa atuk sedangkan masa tu atuk sedang bertarung nyawa kat bilik kecil dia. Ralat! Bila dapat tau atuk dah takde aku terus buat u-turn balik ke Taiping then aku inform boss aku tentang berita ni. Aku terus pecut balik dari Gurun. Bila sampai rumah atuk aku tengok sekujur tubuh atuk terbaring atas katil. Rupa atuk seperti orang yang sedang tidur. Sempurna dan bersih. Aku sedekahkan al-Fatihah dan bacaan Yaasin untuk atuk. Bila aku pergi dapur, hati aku sayu. Aku buka tudung saji. Masih ada lagi kuih cekodok pisang yang atuk goreng petang semalam dengan ikan goreng. Mengalir air mataku. Sebak! Lepas tu aku tolong mama aku uruskan perihal untuk pengkebumian atuk. Time mandikan arwah, aku tolong mandikan sekali. Aku tolong kafankan arwah. Aku cium dahi arwah. Semoga aku dapat bertemu kembali dengan atuk di sana. Mama kata arwah menghembuskan nafas terakhir dengan cara yang mudah dan cepat. Dia sendiri yang lafazkan kalimah syahadah tanpa perlu mama tolong bacakan. Semoga arwah atuk damai di sana. Maafkan Angah jika selama ni Angah ada lukakan hati atuk. Angah sayang atuk! Lepas ni tak dapat la aku makan ketupat daun palas arwah atuk bila raya nanti. Takde lagi lauk yang atuk bagi untuk cucu dia ni rasa bila balik kampung. Angah rindukan atuk! Al-Fatihah buat arwah atuk. Amin.


Thursday, August 4, 2016

:: 04082016 ::



Alhamdulillah...permulaan yang agak baik buat masa ni. Aku dah berada di negeri orang sejak Ahad yang lepas. Dari start aku masuk rumah sewa baru sehingga ke hari ini semuanya lancar dan mudah. Syukur! Aku dipertemukan dengan dua orang kawan satu ofis yang agak baik dan kelakar. Team aku pun ok so far. Cuma agak gelap sikit aku sekarang ni. Okey lepas ni leh kita pi seberang sana jalan-jalan cari makan. Yang best kat sini thai food yang agak sedap dan murah. Gemuk la aku lepas ni. Memang berbeza life aku kat KL dengan kat pekan koboi ni. Kat sini dah tak payah nak merempit pergi kerja sebab jalan clear je pergi balik kerja. Siap boleh ajak race. Light and easy here. Esok lepas kerja terus shot balik kampung. Ingat nak turun KL amik barang kat rumah lama tapi confirm banyak jalan tutup sebab ada larian Standard Charted Marathon. Next week je la turun kalu xde plan kat sini. Banyak tempat lagi yang boleh diexplore kat sini. Tak pernah terfikir aku nak duduk kat sini tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya. Banyak yang aku perlu belajar kat sini. InsyaAllah aku kena kuat. Betul cakap AJ aku perlu cabar diri aku untuk jadi lebih kuat. InsyaAllah semoga aku diberikan kekuatan oleh-Nya. Selamat malam semua :)

p/s : ABC 123 ;)

Friday, July 22, 2016

:: Forgive and Forget ::



Every step I take
Every move I make
Every single day
Every time I pray
I'll be missing you

Moving forward. Dua perkataan yang pada mulanya agak sukar untuk aku faham. Alhamdulillah hati aku masih dengan dia. Walaupun dia kini sangat busy dengan studies maka aku kena faham dengan keadaan dia sekarang. Sikit je lagi. Aku teruskan rutin life aku seperti biasa untuk menghabiskan hari-hari terakhir aku bekerja kat sini. Rindu dengan dia. Terkadang aku teringat kisah lama aku. Bukan kerana aku rindukan zaman tu namun terkenangkan pahit manis zaman muda dulu. Walaupun sibuk dengan kehidupan sendiri, aku tak pernah lupa pertolongan diorang satu masa dulu yang pernah mempunyai sejarah dalam hidup aku. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya. Sejujurnya aku telah memaafkan mereka dan sedikit sebanyak dapat melupakan kenangan bersama zaman dulu. Kadang-kadang aku rasa trauma dengan apa yang pernah aku lalui satu ketika dulu dan sangat berharap ia takkan terjadi lagi. Aku takut patah hati lagi. Sakit. Honestly, people is unpredictable! Sememangnya aku sangat sayangkan dia. I'll fight for her. Nothing much I can say now. Life must goes on. There's long way to go. I just need to be strong. Strong is sexy! Semoga dipermudahkan semuanya bila aku berada di tempat baru nanti. Amin. Lepas ni aku jadi kakak kawasan Utara pulak. naa. Jom kita explore Utara lak! Pulut ayam pulut ayam!

p/s : Hang pi mana...hang pi mana...hang pi mana :)

Wednesday, July 20, 2016

:: 200716 ::




Hi AJ :)

Image result for happy 2nd anniversary

  

We have had our ups and downs.
But it never makes me give up on you.
I just wanted to let you know that I wouldn't change them for anything in the world.
I love you so much! :)
Happy Anniversary to my AJ!



Monday, July 18, 2016

:: 180716 ::


  

It's a nice feeling when you know that someone likes you, someone thinks about you, someone needs you BUT it feels much better when you know that someone never forget your birthday and someone is ME.

Happy Birthday to you my AJ! :)
May Allah bless you always.
ILYSM & TC


Sunday, July 10, 2016

:: Untitled ::

To all single ladies out there :)

"You are still the person someone is praying for one day. Being single is not a curse. It's way better keeping to yourself and being happy than being with someone who doesn't treasure and value you at all. Those are the worse relationships, when you keep giving and giving and giving and nothing changes in the other person's attitude towards you. They make you feel like nothing you do will ever be enough. They make you feel alone and worthless. They might even take it a step further and show other people more love and attention than they do with you. Those type of people are not the ones meant to love you. But someone who has been praying and waiting for you, will make everything that has to do with love a lot more easier. They won't treat you like you are not important. They won't put another person's smile above yours. They won't make it such a struggle for you two to be happy. They will compliment your needs and your effort the same way that you do with them. That's your teammate. That's your life partner."

p/s : happy engagement day to my ex-housemate :)

Wednesday, June 29, 2016

:: Ubering! ::

Uber! Dulu aku tak tau ape maksud uber tu. Piala Uber aku tau la. Then start awal bulan hari tu baru la aku faham apa tu UBER. Dan sekarang aku salah seorang dari partimer Uber. Lepas habis office hour aku merempit balik rumah. Then aku tukar amik kereta pulak. Dulu aku tak pernah terfikir nak buat job ni sebab rasa macam bahaya je. Tapi bila aku tengok ada je lady driver yang buat aku pun tergerak hati untuk cuba. Firstly memang kena daftar kat website Uber dan settlekan documentation sampai dapat approval. Bila dah settle account pun aktif maka jom cari riders. Pengalaman pertama aku amik passenger memang menarik. Dengan apps yang agak reliable aku rasa sedikit teruja. Alhamdulillah aku berjaya jugak habiskan 10 trip dalam masa dua hari lepas waktu kerja. Sebenarnya apa yang menarik bagi aku bukan sebab side income tapi dapat kenal dengan segelintir orang yang agak open-minded. Yes aku kenal ramai passenger yang agak peramah masa buat uber ni. Bila kawan office aku kata 'eh tak bahaya ke orang perempuan buat uber ni'. Bagi aku kat semua tempat ada bahaya cuma kita hanya berdoa semoga Dia melindungi kita. As for precaution aku dah standy pepper spray kat dalam kereta if berlaku apa-apa yang tak diingini. Alhamdulillah buat masa ni semua passenger aku okay je. Educated and professional. Kadang-kadang tu ada pulak gentleman yang agak baik bila sanggup nak tolong betulkan jam kat dashboard kereta aku yang agak awal 10 minit. Aku biarkan je mamat Chinese tu betulkan then at last dia give up. Hehehe aku senyum je lepas tu. Gigih sangat kan. Satu lagi aku dapat kenal lagi  jalan-jalan short-cut dalam Klang Valley ni. Dan yang paling penting kepuasan bila dapat hantar passenger dengan selamat ke destinasi. Walaupun nilai wang ringgit tak seberapa tapi aku rasa enjoy dapat habiskan trip untuk hari tu. Mungkin bulan ni adalah bulan terakhir aku akan buat job ni sebab lepas ni mungkin aku akan pergi jauh dari sini. Aku akan rindu job ni lepas ni dan biarlah ia menjadi salah satu pengalaman terindah dalam hidup aku. Jadi kepada korang kat luar sana especially yang stay kat Klang Valley if rasa malas nak drive menghadap jem melekat boleh la naik uber ye. Recommended! Murah dan cepat wei. Aku siap buat survey dengan passenger aku tentang uber ni. Majoriti puas hati guna khidmat Uber ni. Chao!

Tuesday, June 28, 2016

:: Aku Mohon ::

Setiap hari ku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati... Kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dalam tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku perlu rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

**Salam Ramadhan ke-23**

:: Throwback ::


  

Be
Be the one I need
Be the one I trust most
Don't stop inspiring me
Sometimes it's hard to keep on running
We work so much to keep it going
Don't make me want to give up

Touching! Di antara lagu favourite aku masa zaman muda remaja. Tersenyum sendiri bila dengar balik lagu ni. Masa dulu xde mp3 player bagai. Jadi bila nak dengar lagu ni sanggup beli kaset sambil pasang kat walkman yang gedebak besar. Nostalgia betul. Rindu zaman dulu. Walaupun tak secanggih kini tapi kegembiraan terasa. Ummm! Macam-macam perkara yang berlaku dalam hidup aku lately. Mungkin Allah nak uji hamba dia ni. Sebelum ni asyik selesa duduk kat comfort zone. Tapi kadang-kadang aku lemah jugak. Tahun ni agak mencabar bagi aku. Tapi aku takkan putus asa sebab aku tau apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Tak lama lagi aku akan pergi jauh dan keluar dari comfort zone aku. Semoga aku diberikan kekuatan oleh-Nya walaupun kadangkala hati ni gentar untuk teruskan dengan keputusan yang aku pilih. Selama ni aku sangat bersabar dengan apa yang berlaku namun kadangkala bila sampai satu tahap kesabaran dah melepasi limit maka keputusan untuk meninggalkan zone selesa aku yang selama ni aku pertahankan. Aku perlu belajar untuk berfikir secara positif lepas ni. Itu yang selalu si dia ingatkan pada aku. InsyaAllah aku akan ingat nasihat dan pesanan dia. Semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini. Amin.

p/s :  I'm yours :)

Wednesday, June 22, 2016

:: Holding On ::



  

p/s : The best is yet to come. Be patient. I keep my heart only for you.

Monday, February 29, 2016

:: Tahun Lompat ::


Selamat tahun lompat 2016!
Maka genap 4 tahun jugak lah aku duduk kat rumah aku sekarang ni.
Alhamdulillah syukur dengan apa yang aku ada kini.
Semoga kalian semua dipermudahkan segalanya oleh-Nya. 
Amin. 

p/s : right here waiting my AJ :)

Thursday, February 25, 2016

:: You & Me ::


for everything you have missed,
you have gained something else;
and for everything you gained, 
you lose something else.
it is about your outlook towards life. 
you can either regret or rejoice.


Thursday, February 18, 2016

:: Jom Sihat! ::


Age is just a number. Bila orang tanya umur aku, aku akan cakap yang umur aku early 30's. Bangga! Hahaha dewasa katakan. Tapi ada jugak sebilangan orang yang aku kenali tak percaya dengan umur aku sebab fizikal dan rupa aku takde berubah sangat since dari aku belajar sampai aku dah kerja. Maybe sebab aku tak kahwin lagi kut. Teet! Tapi yang buat aku tersenyum sendiri bila ada seorang pakcik tu kata muka aku dan AJ seiras. Bezanya aku tinggi dari AJ. Statement tu aku suka. Hee jangan marah ye awak. Bila aku tengok balik gambar-gambar aku masa aku belajar dari sekolah menengah sampai universiti, aku tersenyum sendiri lagi. Comot! Kurus tak ingat. Biasa la masa umur early 20's, hormon fresh lagi. Metabolisme tinggi. Nafsu makan memuncak pun tapi badan maintain kurus. Seingat aku berat badan aku masa tu hanya 43kg dengan ketinggian 167cm. BMI memang underweight. Macam papan je badan aku time tu. Tapi aku berusaha jugak makan dan makan lagi tapi still kurus. Bila kawan aku jogging, aku cuma duduk tepi padang je sebab takde motif aku nak lari dengan berat badan yang underweight. Bila malam lepas study around 12 midnight mesti aku akan keluar dengan bestfriend aku pegi makan nasi lemak telur plus teh ais. Sedap wei. Tapi kurus jugak. Pasrah je. After graduate, bila aku dah start kerja kat Damansara aku mula rasa buat transformasi pada badan aku ni. Nak weight gain and kasi fit. Atas nasihat bestfriend aku, aku mula pergi register kat gym kat area rumah aku ni. Aku hired personnal trainer sendiri kat gym tu. 20 session for certain amount. Masa tu memang aku workout tiap-tiap pagi before aku pergi office sebab masa tu gym akan kosong atau kurang orang. Tak la malu sangat nak workout. Hee. Memang azab badan aku masa tu. Muscle pain tu memang dah biasa. Aku lebih banyak lakukan weight training workout untuk build muscle. Memang aku dapat rasa perubahan kat seluruh badan aku. Rasa fit dan dah mula ada muscle kat lengan aku. Peha aku pun dah mula keras. Badan pun dah rasa padat dan sedap je. Memang masa tu aku jaga makan. Banyakkan makan protien dan karbo. Berat aku mula naik dari 43kg  ke 45kg. Then after 2 months naik ke 47kg continous until 50kg. Aku mula rasa seronok sebab nampak improvement. My chest also more big and broad. At the same time aku mula join event running kat area KL. My first half marathon 21km kat Penang International Marathon walaupun amik masa 4jam untuk aku habiskan tapi aku rasa puas walaupun esoknya aku demam pastu jalan mengengkang. Mak aku cakap saja cari penyakit. 

After a year aku stop pergi gym sebab aku dah tau basic workout. Ramai pulak girls yang pergi gym. Aku rasa tak selesa bila ramai sangat orang kat sana. Then aku mula start derma darah for the first time after berat aku more than 45kg. Takut tapi aku beranikan diri jugak. Terbeliak dan telan air liur jap tengok jarum. Masa nurse nak cucuk jarum kat lengan, aku toleh muka kat tempat lain. Seriau. Nurse tu senyum je. At last habis jugak 450ml darah aku after 20 minit derma darah. Rasa best pulak. At least twice a year aku derma darah until this year. Orang kata if derma darah pun dapat naikkan berat badan. Wallahualam. Maka dari 50kg naik ke 53kg dan sekarang berat badan aku maintain 55kg. BMI dah normal. Alhamdulillah aku dapat gain weight 12kg. Masa aku kenal AJ, badan aku memang dah tak kurus macam dulu. Fit! Cuma sekarang ni selera makan aku bertambah sebab metabolisme aku dah mula rendah akibat peningkatan umur. Maka kebuncitan atau tayar spare kat pinggang aku mula terserlah. Tapi aku dah mula kembali aktiviti hiking dan jogging. AJ kata dia tak suka tengok gambar aku bila aku kurus dan dia tak suka bila aku diet. Hahaha ye lah awak...bambimbum awak ni takkan kurus macam dulu.  InsyaAllah aku akan cuba amalkan gaya hidup sihat walaupun aku makin meningkat umur. Stamina kena kasi maintain balik. No pain no gain. Kebetulan housemate aku ni join team JK1M area rumah aku ni. Nak lose weight katanya. Aku support usaha dia at the same time aku pun kasi semangat untuk tujuan baik dia tu. So apalagi...jom sihat secara berjemaah! Hehehe adios ;)

p/s : Next, jom ESCAPE AJ ;)

:: 18022016 ::


Take my hand and just feel.
Sense my intent and feel my madness.
Look into mt eyes and see what has always been inside.
A secret place that belongs to you.

-JmStorm-

p/s : Right here waiting :)

:: Gurindam Jiwa ::

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Sungguh jauh di negeri satu,
Hilang di mata di hati jangan...

Katakanlah padaku
Warna pintumu itu
Biar aku tak keliru
Biar ku mudah tak keliru
Katakanlah untukku
Warna hatimu itu
Biarku tahu
Apa yang harus
Apa yang harus ku perlaku

Demi rahsia yang kian tak terbendong
Demi cinta yang kian tak terkandang

Kau telah merubah
segalanya dalam hidupku
Kini aku bukan lagi paus biru yang kesepian (gemuk sangat bunyinye :p )
Biar aku serahkan belati tua (woww i like it...grrrr)
Ini di tanganmu
Menentukan nasib badan
Di tulang belulang
Si Gunung Tahan


Tetiba lately terminat pulak dengar lagu-lagu lama. Bila tengok AJL30 hari tu baru rasa yang diri ni dah meningkat usia. Rindu zaman 90an wei. Walaupun masa tu tak secanggih kini tapi kenangan lama masih tersimpan dalam memori sehingga kini. Kadang tersenyum sendiri aku. Ye..sesungguhnya aku merindui zaman itu. Tapi bagi aku semakin meningkat umur maka terasa semakin dekat aku dengan sesuatu yang pasti iaitu 'kematian'. Um...insaf kejap bila dapat berita ada beberapa orang kawan sebaya umurku yang telah pergi mengadap Allah SWT. Sebak! Hari-hari aku kini berlalu seperti biasa. Sesibuk mana pun aku, pasti aku akan luangkan masa bersama kesayangan aku. Walaupun dia jauh di mata aku tapi dia sentiasa ada di hati aku. Selalu ada! Last year aku layan series The Fosters yang direcommendkan oleh AJ. Best! Sampai hari ni aku masih follow series ni walaupun new episode baru keluar last Monday. Bila aku tengok citer ni memang aku nak sangat hidup dengan AJ bersama-sama. InsyaAllah one fine day I hope my dream will come true. Amin.

Friday, January 1, 2016

:: Hello 2016 ::


Salam tahun baru 2016 buat semua. Kejap betul masa berlalu dari tahun ke setahun. Tahun ni aku habiskan cuti panjang aku kat hometown dengan family. Sambil tu aku layan dua orang anak buah bujang aku ni. Macam-macam ragam diorang. Nasib mak ngah dia ni sabar orangnya. Sunyi pulak rasa rumah ni bila hero-hero kecik ni dah balik KL. Maklumlah nak bukak sekolah dah. Back to reality! Lemau pulak rasa bila nak start masuk kerja balik Isnin ni. Work hard play hard! Bila tengok orang ramai busy dengan persiapan kembali ke sekolah, teringat pulak kenangan lama masa aku belajar dulu. Macam mana sibuknya mak aku pergi hantar kain baju sekolah kat tukang jahit favourite kitaorang. Then mesti ada kasut baru sepasang. Tapi bila dah naik form 5 aku tak beli pun kasut baru sebeb dah nak habis sekolah pun. Bila first day sekolah mesti blur tak tau nak buat apa melainkan berborak dengan kawan kelas tentang kisah cuti masing-masing. Then cikgu pulak sibuk panggil untuk amik buku teks baru. Lain pulak bila aku belajar time degree dulu. Takde persiapan bila bukak semester baru melainkan susun jadual waktu ikut masa kita sendiri. Pastinya aku takkan amik full class pada hari Isnin dan Jumaat. Aku kasi full class untuk Selasa, Rabu then half day Khamis. Motif? sebab Isnin dan Jumaat adalah hari untuk aku outing or balik kampung. Relax sungguh student life aku dulu. Rindu pulak zaman belajar dulu. Tapi semuanya dah berlalu. Sekarang masa untuk memulakan hidup dalam alam dewasa. Aku nak hidup yang sederhana saja yang mana aku boleh membahagiakan insan-insan tersayang dalam hidup aku. Walaupun sebelum ni aku pernah kecewa dalam perhubungan tapi tak bermakna tiada peluang untuk aku rasa bahagia lagi selepas ni. Aku bukan orang yang suka hidup dalam kenangan silam. Dan aku akan 'make peace' dengan orang yang pernah ada dalam hidup aku dulu. Tiada dendam atau benci. Hanya aku berdoa semoga mereka semua bahagia dengan hidup masing- masing. Sekarang aku dah ada AJ dan InsyaAllah aku akan jaga dia dan lakukan yang terbaik untuk dia. Amin. Lastly, aku berharap semoga tahun 2016 akan menjadikan aku seorang hamba Allah yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Dan aku berdoa agar AJ akan terus berjaya dalam pengajian dan kerjayanya kelak. Jaga diri semua. Selamat malam! 

p/s : can't hardly wait : part 2 :)