Tuesday, August 25, 2015

:: Kisah Meow ::



Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati. Aku tidak boleh ingat sudah berapa ekor kucing yang pernah dan keluarga pelihara sepanjang hidup aku. Dari aku kecik sampai sekarang aku masih bela kucing lagi. Dulu ingat lagi masa aku umur dalam darjah 5, kawasan perumahan aku dinaiki air disebabkan oleh hujan lebat yang berlanjutan dari pagi sampai petang. Pada mulanya aku seronok main air dengan adik aku kat depan rumah. Tetiba time tu pulak teringat kucing aku si Krukrip yang hilang. Then aku mula cemas. Satu kawasan rumah aku cari tapi takde. Aku nangis bagitau mak ayah aku. Dorang pun tolong aku cari Krukrip. Cari punya cari at last aku terfikir nak cari kat tingkat atas loteng rumah aku. Terus aku lari naik loteng. Fuhhh lega! Dia tengah tidur baik punya. Terus aku peluk cium dia. Siap cakap lagi dengan dia. Tapi nasib dia jawab balik. Hahahaha! Masa aku belajar kat uni dulu pun aku ada bela seekor kucing jugak. Aku kidnap dia kat kafe hostel aku. Masa tu aku baru balik kelas then aku nampak kucing ni usung anak dia kat satu corner bangunan. Aku tengok kiri kanan..line clear terus aku tangkap masuk dalam sweater aku. Then terus aku pergi beli pasir untuk dia poo poo and kitten food. Kecik lagi dia baru lepas putus susu mak dia. Aku jaga dia dari kecik tapak tangan sampai besar dua kali peha aku. Aku smuggle bela dalam bilik time tu. Kena ajar dia toilet trained tapi memang kena rajin bersihkan pasir dia. Baru hygiene kan. Hehehe. Alhamdulillah si Mumu tu pandai menyesuaikan diri. Bila aku balik kelas dia dah sambut aku. Bila aku study dia teman aku duduk tepi meja. Tak banyak mulut. Bila aku pergi kelas dia duduk tepi tingkap tengok bawah dari tingkat 4 hostel aku. Kucing memang tahu bau tuan dia kan. Pantang aku balik dia akan bising macam ajak sembang. Hahaha comel. Bila aku dah start kerja kat KL aku mintak tolong parent aku jagakan si Mumu kat kampung. Sampai sekarang masih sihat walafiat cuma dah berusia sikit la. Aku dah 'kasikan' dia sebab dia gegurl. Tamau la dia beranak pinak. Jadi bila dia nampak kitten mesti dia jadi 'bekeng'. Jadik dekat setahun aku tak bela kucing bila aku start kerja kat sini sebab masa tu aku cuma menyewa bilik je. Memang tak boleh la nak bela kucing kan. Alhamdulillah lepas aku pindah duduk kat rumah sewa sendiri, aku teringin balik bela kucing sebab aku rindu si Mumu kat kampung. Jadik aku adopted si Lily dari sorang cat lover ni. Aku amik pun still kecik lagi. Mula-mula dia takut then aku belai-belai dia then biarkan dia menyesuaikan diri dengan keadaan rumah aku. Bila aku balik kerja dia mula nak manja dengan aku. Masa aku down gila-gila dulu dia la yang duduk depan aku tenung aku. Sedih je muka. Aku luahkan perasaan aku kat si Lily. Dia seakan faham kekecewaan aku time tu. Dialah kawan baik aku masa tu. Aku kesian dia takde kawan jadik aku adopted si Kiki. Mula-mula dia tak boleh terima tapi lama-lama dia dah ada rasa sayang kat Kiki. Jadi sampai sekarang kedua-dua meow aku ni masih setia jadi kawan baik aku. Bila malam si Lily akan sibuk berebut nak tidur atas katil macam kat atas tu. Bila AJ datang rumah mesti dorang happy. Mula la mintak dibelai-belai bagai. Pastu nak duduk atas riba si AJ bagai. Tambahan si Kiki yang gemuk dan besar tu. Dia ingat dia kecik lagi la tu. Aku suka tengok gambar AJ dengan Kiki. Comel sangat. Aku setuju sangat bila kajian mengatakan bahawa kucing merupakan salah satu terapi yang baik untuk kesihatan. Banyak kebaikan apabila kita sayang kucing dan peliharanya. Murah rezeki! Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing. Aku pun suka bila AJ cerita kat aku yang dia rajin bagi makan kat kucing area tempat dia study. Walaupun tak bela dalam bilik tapi bila kita bagi makan kat kucing tu pun dah memadai. Kucing tu akan sendiri kenal orang yang bagi makan kat dia. Ia juga makhluk Allah SWT yang berkongsi hidup dengan kita di bumi Allah SWT. Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW.  Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt. Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah. Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Selamat malam semua.

p/s : teringat memori antara AJ dan Babat. Damailah kau di sana Babat :~(

Thursday, August 20, 2015

:: 20082015::


Hey AJ, Happy 13th Monthsary Baby! Alhamdulillah aku happy sebab adanya dia dalam diri aku kini. Biarkan jauh buat masa ni tapi InsyaAllah sampai masa nanti kami akan bersama jugak. Buat masa ni aku akan tunggu sampai AJ habis study yang tinggal dalam setahun lagi. Lagipun sekarang ni aku pun sentiasa ada untuk dia. Walaupun dengan adanya kekangan kerja tapi aku sentiasa reserve kan masa aku untuk dia setiap hari. Orang yang aku akan call setiap hari adalah AJ dan emak aku di kampung. Walaupun aku call mak semata-mata ingin bertanya khabar dan mendengar suara emak aku. Hahahaha sampai emak siap kata 'dah2 panas dah telinga mama ni cakap telefon'. Emak aku tak tahu lagi yang aku kalau bergayut dengan AJ siap putus line sambung balik dan kadang-kadang tu sampai masing-masing tertidur. Tapi selalunya AJ akan tidur dulu. Hahahaha then baru la akan tidur sekali. Tambahan lately ni AJ busy sikit.Kadang-kadang tu aku yang tertidur dulu sementara tunggu dia siapkan kerja. Selalunya aku akan lepak kat katil sambil layan series OITNB then tak tau bila masa aku boleh terlelap sampai cite tu habis. Bila AJ call baru aku terjaga sambil sembang dengan dia. Aku rasa sebab metabolisme aku semakin menurun sejak meningkatnya umur ni. Hehehe tu bila aku berkeseorangan la. Bila aku dengan AJ lain la pulak kadar metabolisme aku. Energetic pulak. Sejak kebelakangan ni selera makan aku makin bertambah. Waktu makan aku mesti diisi dengan nasi. Pagi aku makan nasi lemak. Tengah hari nasi campur then dinner nasi dengan tomyam. Apa yang disuruh rasa oleh AJ semua aku kata sedap. Diam-diam ubi berisi...haaa macam aku la tu. Satu badan dah berisi. Ketat! Bila dah berat malas la nak bersenam kan. Balik kerja terus mandi then rest tengok movie. Kalau dulu rajin jugak running seround dua. Sekarang berhabuk habis kasut aku sebab tak berlari. Takpe nanti aku dan AJ join larian merdeka so start daripada hari tu aku akan mula berlari semula. Harap2 berjaya la azam aku ni. Bak kata AJ peha dah macam footballer. Besar eh awak! Takpe biar berisi sebab itu makna kita bahagia dan bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-Nya. Sekarang ni macam-macam benda berlaku dalam negara kita. Aku dah penat dengan politik negara. Busuk! Tapi biarkan dulu si luncai terjun dengan labu-labunya. Sampai masa nanti pasti mereka akan merasa sendiri akibatnya. What you give you get back. Goodnight all.

p/s : i heart u :)

Wednesday, August 12, 2015

:: Eu-pho-ria ::



Alhamdulillah...Thanks to Allah SWT :)

'If you find someone who makes you smile, who checks up on you often  to see if you're okay, who watches out for you and wants the very best for you, don't let them go. Keep them close and don't take them for granted. 
People like that are hard to find.'

Hey you...yes you the one who always be in my heart. 
All the best for your bright future!
May there will be success at every turn of your life Pumpkin!
I heart you.
Let's rock our WORLD! :)

 p/s : jom repeat nasi sup daging bakar air asam lagi...nyummy!