Monday, September 14, 2015

:: Jerebu Datang Lagi ::


Sesak nafas! Jerebu datang lagi menyelubung ruang udara bumi Malaysia. Sejak seminggu yang lepas bacaan IPU semakin meningkat dari sehari ke sehari. Seperti biasa punca jerebu ni adalah akibat pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Tahap penglihatan agak terhad pada hari ni especially time tengahari sehingga petang. Tadi masa aku kat ofis, Menara TM hilang dari pandangan akibat jerebu. Time pergi ofis lak KLCC hilang terus. Putih sajo! Bila keluar pergi lunch pun bau asap agak kuat. Baju pun bau asap. Then masa nak balik ofis tadi aku terus pergi ke farmasi area PJ town cari face mask. Kalau dulu aku tak kisah sangat tentang jerebu ni. Tapi sekarang aku lebih alert. Precaution is better than cure right. Hehehe. Oleh kerana aku merempit pergi ofis jadi aku kena pakai mask untuk mengelakkan dari sesak nafas. Aku terus tanya kakak kat farmasi tu mask jenis N95. Bunyi macam minyak RON95 lak kan. Hahaha.  Aku pilih mask ni sebab mask ni disarankan oleh NIOSH. Mask ni memang direka khas untuk menghalang zarah-zarah halus dari memasuki rongga-rongga hidung kita semasa kita bernafas. Senang kata ada filter la. Nasib aku baik sebab tinggal satu je lagi. If surgery mask memang banyak tadi. Alang-alang baik kita beli yang elok punya kan then bila dah takde jerebu simpan elok2 dalam plastik. Nanti boleh guna balik. Bila aku pakai tadi rasa awkward jap then rasa comfortable sebab x ketat then memang x bau asap pun. Jadi kepada kalian yang turut terkena tempias jerebu ni sila ambil langkah-langkah pencegahan ye. Minimumkan aktiviti di luar rumah especially kanak-kanak dan sesiapa yang ada penyakit asthma. Kalau nak keluar rumah sila pakai mask walaupun nak drive dalam kereta. Still zarah-zarah halus akan masuk melalui aircond kereta kita. Sila pasang foglamp jika memandu apabila jarak penglihatan adalah terhad. Hehehe pesanan khidmat masyarakat daripada saya. Akhir sekali mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat 5 jemaah haji yang terkorban dalam tragedi tren tumbang di Makkah. Syahid dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT. Amin.

p/s : stay humble, walk softly, love deeply :)

Tuesday, September 8, 2015

:: Bola Oh Bola ::

Memalukan! Kalau tak pandai main bola orang tak marah sangat. Tapi ni sebab attitude penyokong fanatik bolasepak negara kita yang buat perangai kat tempat sendiri. Aku baru lepas tengok siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia vs Arab Saudi. Sakit hati dengan perangai penyokong yang suka hati baling suar dalam padang masa last 6 minit sebelum game habis. Tahu la tak puas hati tapi jangan la sampai ikut sangat perangai buruk tu. Tak cukup sebelum ni dengan hooligans ni main baling-baling suar lak. Tak pasal-pasal referee stop game. Ramai penyokong Arab Saudi balik awal sebab takut kena belasah dengan penyokong Malaysia. Be gentle la bro. Dah kalah tu terima la kekalahan secara baik. Akal tadak! Tengok la confirm esok keluar berita satu dunia yang sesetengah penyokong bola sepak Malaysia ni kurang ajar. Dah la main bola pun tak hebat mana then nak acah-acah jadi hooligon. Tak cukup kena belasah 10-0 dengan UEA then bila main kat tempat sendiri still kalah 1-2 tapi still boleh diterima lagi sebab tak seteruk kat tempat lawan. Kalau nak compare mutu bolasepak negara kita dengan negara lain memang jauh panggang dari api. Then penyokong depa pun jauh lebih baik sebab tau adab-adab menyokong dan bukan bertindak 'membabi' buta. Dalam bolasepak negara ni pun politik kotor banyak. Management FAM tak berubah sejak 31 tahun lalu. No improvement! Dari pegawai sampai la pemain. Gaji usah kata la. Kalah gaji orang yang ade Phd. Tapi bila time game main bola lagi teruk dari budak sekolah main. That's why aku lebih suka layan UEFA punya game sebab tactical skills dorang memang terbaik dan entertain habis. Supporters diorang elok je sokong tanpa ada adegan baling-baling suar ni. No wonder padang dorang takde langsung gap between padang dengan supporters bleachers. Haishh banyak lagi sebenarnya ketidakpuas hati aku dengan kisah 'bolasepak' Malaysia ni. Tunggu je nanti apa FIFA akan bagi statement tentang insiden ni. Tapi memang aku sakit hati tengok. Sedangkan pemain negara dah berusaha 200% tadi kat atas padang. Minit terakhir penyokong yang terdiri dari Ultra Malaya buat hal start provokasi baling suar atas padang. Terus aku tutup tv masuk bilik. Maaf kalau aku emosional skit malam ni tentang bolasepak negara yang semakin parah hari ini. Selamatkan Harimau Malaya. Selamat malam Malaysia!

p/s : Sayonara 2018 World Cup!

Wednesday, September 2, 2015

:: Work Life Balance ::


8 IMPORTANT POINTS ABOUT LIFE :)


1. We are all here for a purpose.

“No matter what he does, every person on earth plays a central role in the history of the world. And normally he doesn’t know it.”

“Everybody has a creative potential and from the moment you can express this creative potential, you can start changing the world.”


2. The only thing standing between you and your dream are your fears.

“Don’t give in to your fears. If you do, you won’t be able to talk to your heart.”

“There is only one thing that makes a dream impossible to achieve: the fear of failure.”


3. Mistakes are part of life.

“When you find your path, you must not be afraid. You need to have sufficient courage to make mistakes. Disappointment, defeat, and despair are the tools God uses to show us the way.”


4. Do not seek love outside of you.

“Love is not to be found in someone else but in ourselves; we simply awaken it. But in order to do that, we need the other person.”


5. When you change, the whole world changes with you.

“When we love, we always strive to become better than we are. When we strive to become better than we are, everything around us becomes better too.”


6. Mind your own business.
 
“Everyone seems to have a clear idea of how other people should lead their lives, but none about his or her own.”


“We can never judge the lives of others, because each person knows only their own pain and renunciation. It’s one thing to feel that you are on the right path, but it’s another to think that yours is the only path.”


7. Nobody’s responsible for how you feel or don’t feel.

“In love, no one can harm anyone else; we are each responsible for our own feelings and cannot blame someone else for what we feel.”


8. Embrace your authenticity

“You must be the person you have never had the courage to be. Gradually, you will discover that you are that person, but until you can see this clearly, you must pretend and invent.”

“If you want to be successful, you must respect one rule – Never lie to yourself.”

                                                                                                                                       - - 

p/s : kau bunga cintaku :)