Bosan. Itu yang aku rasa suatu ketika dahulu. Masa aku masih keliru dan patah hati. Pada masa yang sama aku cuba habiskan masa aku menyibukkan diri dengan aktiviti luar. Dan pada suatu hari, aku terasa untuk menjengah blog AMDG. Dan dari situ aku mula membaca satu persatu entri yang dicoretkan dalam blog tu. Dan sambil tu aku klik dan baca komen-komen pembaca yang lain. Antara banyak-banyak komen yang ada aku tertarik dengan komen komen AJ. Lantas aku klik nama dia dan terus terpampang profil tentang dirinya. Oh dia ada blog rupanya. Okeh! Aku pun menjadi pembaca setia blog AJ. Dari first entri sampai yang latest. Memang jarang untuk aku baca entry blogger dari awal sampai habis tapi lain pula dengan blog AJ. Dari situ aku cuba agak yang AJ dalam kesedihan. Deng! Ade email lor. Hehehe. Aku pun terus compose email dan hantar first email aku dekat dia. Pendek je email aku dengan niat ingin berkawan. Eceh poyo tak aku! Honestly, memang aku niat ingin berkawan dalam alam maya sebab aku tahu dia memang dah berpunya. Tak sangka pulak dia balas email aku. Yes! Aku rasa happy sangat sambil tersenyum sendiri. Aku ligat membalas email dia. Tapi dengan ayat dan tone yang sangat mendatar. Straight forward habis! Telus katakan. Hahaha. Perasaan ingin tahu semakin memuncak. Setiap hari aku akan tunggu balasan dari email dia. Dah lama tak rasa perasaan macam tu. Bahagia!
Yang paling best aku siap bagi nombor phone aku terus kat dia. Walaupun masa tu dia tak sedia lagi nak bagi nombor phone dia kat aku. Aku tak paksa dia. Sebab aku serious nak berkawan dengan dia dan bercerita tentang apa-apa saja yang best. Memang sangat jarang untuk aku start dulu conversation dan bagi nombor phone kat stranger. Tapi instinct aku kuat menyatakan yang aku harus bagi jugak nombor phone aku kat AJ. Dan pada satu hari, aku demam selama seminggu. Aku tak online kat email pun. Senyap! Tetiba aku dapat mesej dari nombor yang tak dikenali. Dari AJ! Terus aku save nombor then aku reply bagitau aku demam then tak mampu nak online dan check email. Jadi aku sambung conversation aku kat phone. Kami hanya berbalas mesej. Tapi best! Sampai satu malam masa aku overnight kat rumah cousin aku tetiba aku terasa nak call dia. Terus aku call AJ. Hahaha. Best! Berbunga2 hati aku. Tapi seperti biasa hanya conversation biasa tentang life masing-masing. Setiap perhubungan pasti ada naik turun. Begitulah dengan dia masa tu. Aku cuba bagi nasihat kat dia agar berbaik semula dengan partner dia. Namun ternyata gagal. Sebab aku pernah juga rasa kesakitan bila partner kita curang dengan kita. Dan paling sakit bila perpisahan hanya melalui mesej. Penakut! Sepanjang aku kenal AJ aku rasa seperti hati aku kembali hidup. Dan dari situ mula timbul rasa suka dan sayangkan dia. Walaupun aku tak pernah tengok gambar dia tapi aku rasa selesa bila dapat bercakap dengan dia. Dan pada awal bulan puasa tahun 2014 aku terus pergi berjumpa dengan dia face to face. Alhamdulillah sehingga kini hati aku hanya inginkan dia seorang. Walaupun banyak hati orang lain yang aku ketepikan secara baik sebab aku cuma inginkan dia seorang dan juga keluarga aku. Banyak lagi aktiviti yang aku nak lakukan dengan dia. InsyaAllah aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk kami berdua. Dan paling penting aku nak AJ turut berjaya di dalam pengajian dan kerjaya dia kelak. Amin. Thank you to AJ for coming into my life :)
p/s : If that's OK with you :P