
Age is just a number. Bila orang tanya umur aku, aku akan cakap yang umur aku early 30's. Bangga! Hahaha dewasa katakan. Tapi ada jugak sebilangan orang yang aku kenali tak percaya dengan umur aku sebab fizikal dan rupa aku takde berubah sangat since dari aku belajar sampai aku dah kerja. Maybe sebab aku tak kahwin lagi kut. Teet! Tapi yang buat aku tersenyum sendiri bila ada seorang pakcik tu kata muka aku dan AJ seiras. Bezanya aku tinggi dari AJ. Statement tu aku suka. Hee jangan marah ye awak. Bila aku tengok balik gambar-gambar aku masa aku belajar dari sekolah menengah sampai universiti, aku tersenyum sendiri lagi. Comot! Kurus tak ingat. Biasa la masa umur early 20's, hormon fresh lagi. Metabolisme tinggi. Nafsu makan memuncak pun tapi badan maintain kurus. Seingat aku berat badan aku masa tu hanya 43kg dengan ketinggian 167cm. BMI memang underweight. Macam papan je badan aku time tu. Tapi aku berusaha jugak makan dan makan lagi tapi still kurus. Bila kawan aku jogging, aku cuma duduk tepi padang je sebab takde motif aku nak lari dengan berat badan yang underweight. Bila malam lepas study around 12 midnight mesti aku akan keluar dengan bestfriend aku pegi makan nasi lemak telur plus teh ais. Sedap wei. Tapi kurus jugak. Pasrah je. After graduate, bila aku dah start kerja kat Damansara aku mula rasa buat transformasi pada badan aku ni. Nak weight gain and kasi fit. Atas nasihat bestfriend aku, aku mula pergi register kat gym kat area rumah aku ni. Aku hired personnal trainer sendiri kat gym tu. 20 session for certain amount. Masa tu memang aku workout tiap-tiap pagi before aku pergi office sebab masa tu gym akan kosong atau kurang orang. Tak la malu sangat nak workout. Hee. Memang azab badan aku masa tu. Muscle pain tu memang dah biasa. Aku lebih banyak lakukan weight training workout untuk build muscle. Memang aku dapat rasa perubahan kat seluruh badan aku. Rasa fit dan dah mula ada muscle kat lengan aku. Peha aku pun dah mula keras. Badan pun dah rasa padat dan sedap je. Memang masa tu aku jaga makan. Banyakkan makan protien dan karbo. Berat aku mula naik dari 43kg ke 45kg. Then after 2 months naik ke 47kg continous until 50kg. Aku mula rasa seronok sebab nampak improvement. My chest also more big and broad. At the same time aku mula join event running kat area KL. My first half marathon 21km kat Penang International Marathon walaupun amik masa 4jam untuk aku habiskan tapi aku rasa puas walaupun esoknya aku demam pastu jalan mengengkang. Mak aku cakap saja cari penyakit.
After a year aku stop pergi gym sebab aku dah tau basic workout. Ramai pulak girls yang pergi gym. Aku rasa tak selesa bila ramai sangat orang kat sana. Then aku mula start derma darah for the first time after berat aku more than 45kg. Takut tapi aku beranikan diri jugak. Terbeliak dan telan air liur jap tengok jarum. Masa nurse nak cucuk jarum kat lengan, aku toleh muka kat tempat lain. Seriau. Nurse tu senyum je. At last habis jugak 450ml darah aku after 20 minit derma darah. Rasa best pulak. At least twice a year aku derma darah until this year. Orang kata if derma darah pun dapat naikkan berat badan. Wallahualam. Maka dari 50kg naik ke 53kg dan sekarang berat badan aku maintain 55kg. BMI dah normal. Alhamdulillah aku dapat gain weight 12kg. Masa aku kenal AJ, badan aku memang dah tak kurus macam dulu. Fit! Cuma sekarang ni selera makan aku bertambah sebab metabolisme aku dah mula rendah akibat peningkatan umur. Maka kebuncitan atau tayar spare kat pinggang aku mula terserlah. Tapi aku dah mula kembali aktiviti hiking dan jogging. AJ kata dia tak suka tengok gambar aku bila aku kurus dan dia tak suka bila aku diet. Hahaha ye lah awak...bambimbum awak ni takkan kurus macam dulu. InsyaAllah aku akan cuba amalkan gaya hidup sihat walaupun aku makin meningkat umur. Stamina kena kasi maintain balik. No pain no gain. Kebetulan housemate aku ni join team JK1M area rumah aku ni. Nak lose weight katanya. Aku support usaha dia at the same time aku pun kasi semangat untuk tujuan baik dia tu. So apalagi...jom sihat secara berjemaah! Hehehe adios ;)
p/s : Next, jom ESCAPE AJ ;)