29 Ogos 2016, 7.45am, Gurun : Masa aku tengah drive balik ke Utara tetiba ayah aku call. Dalam hati aku berkata kenapa tetiba call time ni sedangkan aku cakap bila aku dah touchdown BKH baru aku akan call ayah. Rupa-rupanya ayah nak bagitau aku yang atuk aku baru je menghembuskan nafas terakhir pukul 7.20am kat dalam bilik di teratak dia ditemani mak dan makcik aku. Aku kaget. Sedangkan baru semalam atuk tegur aku melalui celah tingkap bila aku baru sampai dari KL. Masa tu aku terburu-buru masuk rumah sebab lapar sangat. Tak sangka tu ucapan terakhir atuk untuk aku. Then esok pagi selalunya aku akan singgah jumpa atuk sebelum balik BKH tapi pagi semalam aku tergesa-gesa masuk kereta sebab dah lewat. Aku tak sempat jumpa atuk sedangkan masa tu atuk sedang bertarung nyawa kat bilik kecil dia. Ralat! Bila dapat tau atuk dah takde aku terus buat u-turn balik ke Taiping then aku inform boss aku tentang berita ni. Aku terus pecut balik dari Gurun. Bila sampai rumah atuk aku tengok sekujur tubuh atuk terbaring atas katil. Rupa atuk seperti orang yang sedang tidur. Sempurna dan bersih. Aku sedekahkan al-Fatihah dan bacaan Yaasin untuk atuk. Bila aku pergi dapur, hati aku sayu. Aku buka tudung saji. Masih ada lagi kuih cekodok pisang yang atuk goreng petang semalam dengan ikan goreng. Mengalir air mataku. Sebak! Lepas tu aku tolong mama aku uruskan perihal untuk pengkebumian atuk. Time mandikan arwah, aku tolong mandikan sekali. Aku tolong kafankan arwah. Aku cium dahi arwah. Semoga aku dapat bertemu kembali dengan atuk di sana. Mama kata arwah menghembuskan nafas terakhir dengan cara yang mudah dan cepat. Dia sendiri yang lafazkan kalimah syahadah tanpa perlu mama tolong bacakan. Semoga arwah atuk damai di sana. Maafkan Angah jika selama ni Angah ada lukakan hati atuk. Angah sayang atuk! Lepas ni tak dapat la aku makan ketupat daun palas arwah atuk bila raya nanti. Takde lagi lauk yang atuk bagi untuk cucu dia ni rasa bila balik kampung. Angah rindukan atuk! Al-Fatihah buat arwah atuk. Amin.
takziah.. semoga arwah di tempatkan dikalangan orang² beriman. amin
ReplyDeleteThanks DK. Amin
DeleteInnalilah..
ReplyDeletethanks Eric :)
Delete