Thursday, October 2, 2014

:: 'Hadiah' ::


Zaman Tun dah berlalu..

Ya, zaman itu sudah berlalu..
Pada zaman itu, kerajaan begitu menjaga kebajikan rakyat. 
Gaji rakyat tak banyak, tapi semua orang puas hati dan ikhlas sokong kerajaan.

Zaman itu.. 
Kerajaan tak pernah tabur janji bulan dan bintang, langit atau matahari.. 
Tapi banyak nikmat yang rakyat terutamanya orang miskin dapat rasai

Zaman itu.. 
kerajaan cukup jaga agenda pendidikan dan ekonomi bumiputera. 
Begitu banyak anak Melayu dihantar belajar ke luar negara.. 
Dan kembali dengan segulung ijazah
Ketika itu sebut sahaja Malaysia, gah seluruh dunia. 
Setiap tahun pasti ada berita gembira dan khabar yang membanggakan kita

Ya, zaman itu kita semua bangga jadi anak Malaysia 

Ya, zaman itu sudah berlalu

Zaman ini zaman lain

Zaman dah berubah

-KCD-

2 comments:

  1. walaupun begitu, saya tetap berbangga menjadi anak malaysia...sungguhpun sedih ditindas dgn cara yang paling terhormat :(

    ReplyDelete