Friday, October 24, 2014

:: 1436H ::


Assalammualaikum semua. Hari ni merupakan hari Jumaat yang terakhir pada tahun ini. Pagi tadi masa aku on the way pergi office aku dapat rasa ketenangan Jumaat terakhir. Dengan langit yang kebiruan ditambah dengan gumpalan awan seperti kapas. Indah sungguh ciptaan-Nya. Ikutkan hati aku malas nak pergi kerja hari ni maklumlah tinggal 3 hari je lagi sebelum aku bercuti panjang dan start kerja di tempat yang baru. Namun, gerak hati menyuruh aku pergi jugak kerja walaupun sekadar menhadirkan diri. Ambik berkat hari Jumaat terakhir kan. Ternyata perjalanan hari ni ke office sangat lancar. Tiada kesesakan langsung. Maybe sebab orang amik kesempatan cuti panjang sempena hari Deepavali dan Maal Hijrah. Level of service (LOS) type A. Hehehe. Sesungguhnya memang ramai yang bercuti panjang especially yang berada di sekeliling aku ni. Housemate aku membawa diri ke Hatyai. Nak cari 'anak ikan' katanya. Hahaha. Yang seorang lagi pulak tu travel to Cambodia. Nak amik feel Lara Croft pulak. Aku masih di sini menghabiskan sisa-sisa terakhir sebelum 'berhijrah' ke alam pekerjaan yang baru. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah, next week aku akan bercuti panjang dengan insan tersayang. Amik mood untuk melangkah ke dunia baru. Sesungguhnya aku pasti aku akan sentiasa merindui kenangan dan pengalaman terindah bekerja di tempat aku kini. Bagi aku untuk berjaya dalam diri, kita harus berani untuk berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Melihat dunia dari pelbagai perspektif. Bak kata pepatah 'A comfort zone is a beautiful place, but nothing ever grows there'. Tetapkan nawaitu yang baik dan InsyaAllah kita akan menemui apa yang kita cari dengan bantuan dari-Nya. Jika aku ingat kembali, tenyata aku pernah 'terjatuh' untuk beberapa kali. Namun, aku berharap lepas ni aku tidak akan terjatuh lagi dan terus melakukan yang terbaik untuk insan² tersayang dalam hidup aku. Aku bersyukur dengan apa yang kumiliki kini dan aku menghargai insan yang berada di dalam hidupku kini. Aku cuba menjadi insan yang lebih baik berbanding semalam. Salam Maal Hijrah 1436H buat kalian semua dan semoga kalian semua sejahtera selalu di bawah lindungan-Nya. Amin.

1 comment: