Monday, September 14, 2015

:: Jerebu Datang Lagi ::


Sesak nafas! Jerebu datang lagi menyelubung ruang udara bumi Malaysia. Sejak seminggu yang lepas bacaan IPU semakin meningkat dari sehari ke sehari. Seperti biasa punca jerebu ni adalah akibat pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Tahap penglihatan agak terhad pada hari ni especially time tengahari sehingga petang. Tadi masa aku kat ofis, Menara TM hilang dari pandangan akibat jerebu. Time pergi ofis lak KLCC hilang terus. Putih sajo! Bila keluar pergi lunch pun bau asap agak kuat. Baju pun bau asap. Then masa nak balik ofis tadi aku terus pergi ke farmasi area PJ town cari face mask. Kalau dulu aku tak kisah sangat tentang jerebu ni. Tapi sekarang aku lebih alert. Precaution is better than cure right. Hehehe. Oleh kerana aku merempit pergi ofis jadi aku kena pakai mask untuk mengelakkan dari sesak nafas. Aku terus tanya kakak kat farmasi tu mask jenis N95. Bunyi macam minyak RON95 lak kan. Hahaha.  Aku pilih mask ni sebab mask ni disarankan oleh NIOSH. Mask ni memang direka khas untuk menghalang zarah-zarah halus dari memasuki rongga-rongga hidung kita semasa kita bernafas. Senang kata ada filter la. Nasib aku baik sebab tinggal satu je lagi. If surgery mask memang banyak tadi. Alang-alang baik kita beli yang elok punya kan then bila dah takde jerebu simpan elok2 dalam plastik. Nanti boleh guna balik. Bila aku pakai tadi rasa awkward jap then rasa comfortable sebab x ketat then memang x bau asap pun. Jadi kepada kalian yang turut terkena tempias jerebu ni sila ambil langkah-langkah pencegahan ye. Minimumkan aktiviti di luar rumah especially kanak-kanak dan sesiapa yang ada penyakit asthma. Kalau nak keluar rumah sila pakai mask walaupun nak drive dalam kereta. Still zarah-zarah halus akan masuk melalui aircond kereta kita. Sila pasang foglamp jika memandu apabila jarak penglihatan adalah terhad. Hehehe pesanan khidmat masyarakat daripada saya. Akhir sekali mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat 5 jemaah haji yang terkorban dalam tragedi tren tumbang di Makkah. Syahid dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT. Amin.

p/s : stay humble, walk softly, love deeply :)

No comments:

Post a Comment