Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja
amat mencuit hati. Aku tidak boleh ingat sudah berapa ekor kucing yang
pernah dan keluarga pelihara sepanjang hidup aku. Dari aku kecik sampai sekarang aku masih bela kucing lagi. Dulu ingat lagi masa aku umur dalam darjah 5, kawasan perumahan aku dinaiki air disebabkan oleh hujan lebat yang berlanjutan dari pagi sampai petang. Pada mulanya aku seronok main air dengan adik aku kat depan rumah. Tetiba time tu pulak teringat kucing aku si Krukrip yang hilang. Then aku mula cemas. Satu kawasan rumah aku cari tapi takde. Aku nangis bagitau mak ayah aku. Dorang pun tolong aku cari Krukrip. Cari punya cari at last aku terfikir nak cari kat tingkat atas loteng rumah aku. Terus aku lari naik loteng. Fuhhh lega! Dia tengah tidur baik punya. Terus aku peluk cium dia. Siap cakap lagi dengan dia. Tapi nasib dia jawab balik. Hahahaha! Masa aku belajar kat uni dulu pun aku ada bela seekor kucing jugak. Aku kidnap dia kat kafe hostel aku. Masa tu aku baru balik kelas then aku nampak kucing ni usung anak dia kat satu corner bangunan. Aku tengok kiri kanan..line clear terus aku tangkap masuk dalam sweater aku. Then terus aku pergi beli pasir untuk dia poo poo and kitten food. Kecik lagi dia baru lepas putus susu mak dia. Aku jaga dia dari kecik tapak tangan sampai besar dua kali peha aku. Aku smuggle bela dalam bilik time tu. Kena ajar dia toilet trained tapi memang kena rajin bersihkan pasir dia. Baru hygiene kan. Hehehe. Alhamdulillah si Mumu tu pandai menyesuaikan diri. Bila aku balik kelas dia dah sambut aku. Bila aku study dia teman aku duduk tepi meja. Tak banyak mulut. Bila aku pergi kelas dia duduk tepi tingkap tengok bawah dari tingkat 4 hostel aku. Kucing memang tahu bau tuan dia kan. Pantang aku balik dia akan bising macam ajak sembang. Hahaha comel. Bila aku dah start kerja kat KL aku mintak tolong parent aku jagakan si Mumu kat kampung. Sampai sekarang masih sihat walafiat cuma dah berusia sikit la. Aku dah 'kasikan' dia sebab dia gegurl. Tamau la dia beranak pinak. Jadi bila dia nampak kitten mesti dia jadi 'bekeng'. Jadik dekat setahun aku tak bela kucing bila aku start kerja kat sini sebab masa tu aku cuma menyewa bilik je. Memang tak boleh la nak bela kucing kan. Alhamdulillah lepas aku pindah duduk kat rumah sewa sendiri, aku teringin balik bela kucing sebab aku rindu si Mumu kat kampung. Jadik aku adopted si Lily dari sorang cat lover ni. Aku amik pun still kecik lagi. Mula-mula dia takut then aku belai-belai dia then biarkan dia menyesuaikan diri dengan keadaan rumah aku. Bila aku balik kerja dia mula nak manja dengan aku. Masa aku down gila-gila dulu dia la yang duduk depan aku tenung aku. Sedih je muka. Aku luahkan perasaan aku kat si Lily. Dia seakan faham kekecewaan aku time tu. Dialah kawan baik aku masa tu. Aku kesian dia takde kawan jadik aku adopted si Kiki. Mula-mula dia tak boleh terima tapi lama-lama dia dah ada rasa sayang kat Kiki. Jadi sampai sekarang kedua-dua meow aku ni masih setia jadi kawan baik aku. Bila malam si Lily akan sibuk berebut nak tidur atas katil macam kat atas tu. Bila AJ datang rumah mesti dorang happy. Mula la mintak dibelai-belai bagai. Pastu nak duduk atas riba si AJ bagai. Tambahan si Kiki yang gemuk dan besar tu. Dia ingat dia kecik lagi la tu. Aku suka tengok gambar AJ dengan Kiki. Comel sangat. Aku setuju sangat bila kajian mengatakan bahawa kucing merupakan salah satu terapi yang baik untuk kesihatan. Banyak kebaikan apabila kita sayang kucing dan peliharanya. Murah rezeki! Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing. Aku pun suka bila AJ cerita kat aku yang dia rajin bagi makan kat kucing area tempat dia study. Walaupun tak bela dalam bilik tapi bila kita bagi makan kat kucing tu pun dah memadai. Kucing tu akan sendiri kenal orang yang bagi makan kat dia. Ia juga makhluk Allah SWT yang berkongsi hidup dengan kita di bumi Allah SWT. Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana
berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut
sunnah Rasulullah SAW. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan
umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan
tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt. Tidak
kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih;
ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan
kepada mereka dan berkasih sayanglah. Sesungguhnya inilah sikap terpuji
seorang mukmin. Selamat malam semua.
p/s : teringat memori antara AJ dan Babat. Damailah kau di sana Babat :~(
uh babat :'(
ReplyDeletei still ingt masa babat temankan u study :)
Deletecomel je dua2.