
Assalamualaikum WBT..
InsyaAllah Khamis nanti semua umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang ketiga. Semoga Allah melimpahkan keberkatan-NYA di dalam kehidupan kita. Dan memelihara kita semua dengan amalan dan akhlak yang terpuji. Pejam celik sudah kembali kepada Ramadhan semula. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan bulan yang penuh dengan keampunan, serta bulan yang mana terdapat satu malam yang dipanggil lailatul qadar. Yang ianya lebih baik dari seribu bulan, Allahuakbar! Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Jangan lupa ye niat puasa sebulan di bulan Ramadhan. Heeee!
p/s : Jom solat Terawih Awak! :)
selamat berpuasa!!
ReplyDeleteSelamat berpuasa jgk is!
Delete