'Soup Kitchen' is a place where food is offered to the hungry for free or at a below market price. Frequently located in lower-income neighborhoods, they are often staffed by volunteer organizations, such as community groups. Soup kitchens sometimes obtain food from a food bank for free or at a low price, because they are considered a charity, which makes it easier for them to feed the many people who require their services.
Semalam tengah aku siapkan kerja kat workstation, tetiba kawan aku Boom² whatsap aku ajak aku join soup kitchen kat area Tunes Hotel, KL. Memandangkan aku selalu free bila lepas kerja so aku pun on je nak follow dia as a volunteer. Jadi, lepas Isya' semalam aku dan Boom² pun pergi area yang dimaksudkan dan tunggu sehingga trak Pertiwi around 9.00pm. Ramai orang berkumpul di hadapan bangunan CIMB sepanjang Jalan TAR. Kelihatan kanak-kanak berlari dan ada beberapa orang wanita yang berkerusi roda. Mula-mula aku rasa cuak jugak bila tunggu kat area situ. Aku siap pesan dengan Boom² suruh jaga beg dia takut kena ragut nanti. Hahahaha. Alhamdulillah pukul 9.00pm tepat trak Pertiwi yang bertolak dari Bangsar pun sampai ke destinasi. Aku kagum dengan kumpulan gelandangan yang sebelum ni berkumpul beramai-ramai tapi bila nampak trak Pertiwi masuk dan berhenti di lorong, secara automatik mereka akan beratur dengan sendirinya. Jauh sekali untuk berebut² seperti orang dalam kebuluran. Then, semua volunteer yang datang malam tadi diberikan simple instruction tentang kerja yang perlu dibuat. Senang je tapi kena pantas bertindak. Aku ditugaskan untuk pass lauk yang telah dibungkus di dalam plastik kepada seorang volunteer ni dan dia akan masukkannya ke dalam paper beg yang berisi nasi dan pisang yang diberikan oleh volunteer lain. Pergerakan mereka dikawal oleh volunteer lain yang bertindak sebagai runner. Cekap dan pantas! Ucapan terima kasih dan 'thank you' kedengaran apabila paper bag yang berisi makanan diberikan kepada mereka dan disulami dengan senyuman. Sangat terharu dan menyenangkan hati. Walaupun pemberian ni tak seberapa bagi kita tapi mereka sangat menghargainya. Licin lincau diorang makan kat tepi kaki lima. Dan yang paling seronok apabila aku lihat mereka tersenyum gembira kerana kekenyangan. Perasaan dan pengalaman yang tak dapat dirasai sebelum ni. Selepas sejam setengah, trak pun dikemaskan untuk bergerak ke port yang kedua iaitu Kotaraya, Jalan Pudu.
Apabila sampai di hadapan Kotaraya, meja dibuka dan setting out makanan seperti nasi goreng dan bubur serta roti bun disusun untuk memudahkan volunteer lain memberikan kepada warga gelandangan. Sekali lagi, ucapan terima kasih mereka sangat ikhlas. Ada seorang pakcik ni siap cakap 'Terima kasih dik, semoga Allah murahkankan rezeki adik'. Terus aku tersenyum dan balas 'Amin..terima kasih pakcik'. Apabila semua makanan habis diedarkan, maka kami beramai² akan membersihkan kawasan yang kami jadikan tempat pengedaran kerana Pertiwi perlu memastikan kawasan tersebut bersih dari sampah seperti paper bag dan paper cup. Dan sebelum bersurai aku dan Boom² sempat bersalaman dengan volunteer yang lain. Around 11.30pm aku dah boleh balik rumah dan berehat sepuas²nya. So far malam tadi ramai volunteer yang terdiri dari chinese girls dan diorang semua friendly habis. Semangat harmoni 1 Malaysia wujud di situ. Sesungguhnya akitiviti seperti ini sangat menyeronokkan sebab aku dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik walaupun hanya dengan sumbangkan tenaga dan masa. FYI, aktiviti soup kitchen ni sentiasa ada setiap hari Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu tanpa henti. Jika berminat just datang ke Tune Hotel pukul 8.30pm dan tunggu sehingga trak dan team Pertiwi sampai. Tiada pendaftaran diperlukan. Semalam ada seorang youngster ni datang siap dengan office attire lagi. Maybe dia baru habis kerja terus datang sini untuk join distribute the food. Cool kan. InsyaAllah lepas ni jika ada kelapangan aku akan join lagi untuk malam² yang lain. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Just be kind and let's spread the love! :)

good for you! saya dan mem ada juga pergi bantu, kami masak dan bungkus 100 nasi lemak masa tu. insaf lihat masih ramai org hidup kais pagi makan pagi, kais petang mkn petang.
ReplyDeleteThanks! Oh yeke..it's a good job too for both of you. Yup betul tu rasa bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari mereka. It's not just giving but it's all about sharing the happiness :)
Deletekeep's up the good work..
ReplyDeleteThank you...InsyaAllah :)
Delete