20 Januari 2015 - Akhirnya Jebat pergi jua meninggalkan aku. Setelah seharian menanggung kesakitan dan kesengsaraan akibat serangan virus FIP. FIP adalah sejenis radang selaput rongga perut yang menyerang kucing yang disebabkan oleh Feline Coronavirus (FcoV). Walaupun aku dah pergi bawa si Jebat ke animal specialist tapi ternyata penyakit ni tiada penawarnya selain kematian. Aku suspek Jebat kena penyakit ni masa dia hilang dalam masa 2 minggu hari tu. Tetiba boleh jadi stray cat kejap gara² lompat dari balkoni rumah. Khilaf aku jugak sebab tak terus pergi jumpa vet masa aku jumpa dia balik kat tepi jalan. Patut la dua tiga hari lepas Jebat sangat manja dengan aku. Sambil aku baring kat katil dia terus naik katil bersandar kat tepi muka aku minta dibelai. Bila aku 'menganyam' dia pun sibuk main tarik² kertas tu. Rupa-rupanya dia lebih tau yang dia takkan hidup lama. Kemungkinan dia mahu rasakan kasih sayang terakhir dari aku malam tu buat kali terakhir. Sempat aku berselfie dengan dia malam tu sambil aku on phone dengan AJ. Ternyata tiada simptom² yang dia akan kena penyakit tu. Sangat sedih dan sebak tapi bak kata AJ aku kena redha dan ikhlas lepaskan dia pergi daripada sengsara menanggung kesakitan. Dia akan tunggu aku kat 'sana'. Aku takkan cari pengganti Jebat. Biarkan aku jaga si Olly dan Loki je lepas ni. Selamat tinggal Jebat. Semoga kau damai dan tenang bermain di sana. Terima kasih sebab menjadi pahlawan aku selama ni. You will be missed my whiskered angel. Semoga gembira berlari-lari tangkap kupu-kupu di sana Jebat Si Misai Lebat!
p/s : happy 6th monthsary! :)
p/s : happy 6th monthsary! :)



:'(
ReplyDeletetak sempat jumpa jebat
jebat tunggu kite kat atas sana :)
DeleteAm sorry to hear... :( rest in peace hugs
ReplyDeleteIt's okay...anyway thanks dude :)
DeleteRip, Jebat. Tangkap kupu2 banyak2. 😑
ReplyDeleteHeee...Jebat is smiling back to you MaryH :)
Delete