Tadi masa aku duk belek cite² yang dah adik aku record tetiba aku
ternampak title 'Always A Traveller'. Program ini membawa penonton untuk
melalui kisah Shazrina Azman atau
lebih dikenali sebagai Mizz Nina yang mengambil satu perubahan mendadak
dalam hidupnya apabila menyaksikan beliau memakai hijab dan menghantar
mesej jelas kepada dunia mengenai transformasi beliau. Mizz Nina terus
mendalami kesedaran rohani dan perjalanan Mizz Nina menemui intipati
sebenar
hadis melalui wacana rohani dan peribadi dengan Yasmin Mogahed, seorang
penulis Islam antarabangsa terkenal dan prolific serta penceramah yang
melancarkan bukunya “Reclaimed your heart” pada 2012. Dari dulu lagi aku
memang mengikuti Yasmin Mogahed melalui fb dan instagram beliau. Aku
suka cara penyampaian dan dakwah beliau. Sangat sederhana dan senang
untuk difahami. Aku kagum dengan cara Mizz Nina melakukan
transformasinya. Istiqamah. Sebelum penghijrahan, aku sangat meminatinya
kerana dia seorang yang merendah diri dan kurang gossip berbanding
artis lain. Namun, selepas penghijrahannya dia kelihatan sangat tenang
dan meneruskan hidup sebagai hamba Allah yang sentiasa berubah untuk
menjadi yang lebih baik. InsyaAllah di bulan Ramadhan yang mulia ni aku
berdoa semoga aku diberikan kekuatan oleh-Nya untuk melakukan perubahan
walaupun sedikit untuk menjadi insan yang lebih baik untuk hari-hari
yang mendatang. Amin. Ciaooo!
No comments:
Post a Comment