Suatu pagi semasa aku tengah drive pulang dari
pasar selepas beli keperluan untuk kenduri kat rumah parent aku. Dah menjadi
kebiasaan aku kalau kat Taiping ni memang aku jarang pakai carseat belt. Ala
mana ade polis time pagi-pagi buta ni kan. So sampai satu selekoh je tetiba aku
nampak kelihat pak pacak beruniform putih. Cepat-cepat aku tarik carseat belt.
STUCK! Ishhh..nampak sangat kalutnya kan. Deng! Dia suruh aku stop tepi. Dalam
otak aku ligat berfikir. Ape aku nak kelentong sama ini pak polisi.Yang penting
SENYUM dulu.
Aku : Assalammualaikum Cikgu!
Polis : Wa'alaikumussalam..haa kalut nampak tadi.
Aku : Hahahaha..sorry la cikgu. Saya mengaku saya silap tadi. Terlupa pulak nak pakai tali pinggang
keledar tadi. Selalu pakai. (dalam hati nampak sangat kat situ kan..teeeet!)
Polis : Oh terlupa eh. Boleh tengok driving license?
Aku : Ok jap eh (sambil kalut cari lesen dalam purse). Tu lesen memandu, IC plus siap road tax motor
saya bagi tu Cikgu.
Polis : Amboi perli nampak. Ermmm. Kerja mana ni?
Aku : Erk..hahaha sorry. Kampung saya kat sini tapi saya kerja kat Damansara. Ayah saya dulu ex cashier
Trafik COPS Taiping sekarang dah pencen la. Boss dia dulu pun saya kenal nama (sekian sekian).
Polis : Yeke boleh percaya ke ni. Kerja sebagai ape ni?
Aku : Kerja biasa je Cikgu. Ye percayalah kalau tak caya boleh tanya kawan yang senior.
Polis : Ok jap ( sambil dia bertanya dengan kawan senior dia. Dah setelah berpuas hati dengan jawapan
aku dia pun lepaskan aku.)
Aku : Terima kasih ye Cikgu. Saya janji lepas ni naik kereta je terus saya pakai tali pinggang kete eh.
(Dalam hati aku...huhuhu not a million years la..undang-undang untuk diingakari selalunya :P)
Polis : Ye sama-sama. Kalau ade kerja kosong tolong bagi tau saya ye. Isteri saya tengah cari kerja ni. If
dapat kat KL pun takde saya follow dia.
Aku : InsyaAllah Cikgu (bila masa aku jadi agen cari keja ni). Fuhh selamat aku hari ni, kalu tak memang
free² aku bayar duit kat pak polisi ni sebab tali pinggang keledar je. Alhamdulillah. lepas ni ingat dalam
otak ye cik Lynn yang degil.
Aku balik umah je aku bagitau parent aku, terus dorang ketawakan aku sebab aku 'petik' nama ayah aku dalam situasi tu. Hahahaha nasib la nak hidup kan. Kalau langgar orang tu memang tak boleh buat ape lah kan.
Situation 2:
Semalam semasa aku on the way balik office dari
USJ aku amik route Subang. So masa lalu kat flyover yang berselekoh aku
ternampak dari rear mirror aku seorang pak pacak yang duduk menyorok kat
belakang signage sambil pegang walkie-talkie. Masa tu aku tengah bergayut
dengan pengarang jantung aku dengan gembiranya. Deng! Dalam otak aku terus
keluar speed trap ke tapi aku tak pecut pun. Ahhh aku tengah pegang telefon
sambil bergayut. Sampai je bawah memang polis tuju kete aku suruh ke tepi.
Ashito! Terus aku campak telefon aku masuk poket tepi. Aku pun turunkan cermin
and bukak sunglass aku. Tak sempat aku nak bagi salam, tetiba je;
Polis : Ye Cik, Cik tau tak yang Cik telah
melakukan satu kesalahan dengan menggunakan telefon bimbit
semasa memandu.
Aku : Ye saya Encik. Saya mengaku saya on
phone semasa memandu. Maafkan saya. Tapi saya dapat
urgent call dari office. Terpaksa jawab (ohemji terpaksa tipu sunat la beb. Sambil
tu aku senyum
dengan
muka bersalah.)
Polis : Oh yeke..kenapa tak gunakan handfree
semasa jawab call tadi.
Aku : Haa sebab handfree saya hilang Encik.
Memang selalu saya letak dalam kete..tapi since last week
hilang
dan saya tak sempat nak pegi beli. (sambil aku pujuk dia aku bagi lesen memandu
dan IC aku)
Polis : Cik tau tak berapa kompoun untuk
kesalahan ni?
Aku : Ermmm...tak tau la pulak Encik.
Berapa eh?
Polis : RM300 (sambil dia belek lesen dan
IC aku).
Aku : Oh yeke..mak aii boleh beli 10
handfree camni. Takpe petang ni saya guna duit tu beli handfree ye.
Polis : Ermmm oklah kali ni saya lepaskan
Cik. Lepas ni tolong gunakan handfree ye.
Aku : Baiklah Encik! Terima kasih banyak². Semoga
Allah merahmati Encik. Amin!
Polis : Yelah (tersenyum je dia lepas tu.)
Apa lagi, aku pun drive slowly. Dalam hati aku
gelak sendiri. Alahai asyik kena tahan polis je aku lately ni. Dah dua kali dah
ni. Lepas ni memang kena berhati-hati la. Malu lah wei kena tahan polis kan.
Peringatan untuk diri aku lepas ni.
Tip of the day : Lepas ni kalau kena tahan dengan pak polisi sila buat muka comel tak pun kalu rasa malas, just senyum je. Then terus minta maaf dan mengaku silap. InsyaAllah kalau dia berperikemanusiaan dia akan lepaskan kite! Selamat mencuba! :)
No comments:
Post a Comment