Friday, February 14, 2014

:: Sahabat Untuk Selamanya ::



kamu aku rindu kamu!
aku toleh ke kiri aku nampak muka kamu sedang marah
aku toleh ke kanan muka kelakar kamu dengan dua batang gigi kapak yang muncul
aku toleh depan rupa-rupanya itu hanya khayalan saje. down!


setiap kali aku dengar cerita kamu mesti aku teruja. terpegun. terkesima.
namun rupa-rupanya kamu kenakan aku. siot!
bila aku sedang membebel pasti kamu akan calitkan 'sesuatu' yang bahaya ke hidung aku.
sungguh kurang senonoh kamu! sape ajar..cikgu peah eh.


sehari bagaikan setahun lamanya
bila jauh rasa lama betul masa berdetik
bila dekat cepat betul masa berlalu
rasa macam nak 'freeze' je jam dunia ni.


tapi aku tahu yang kau dan aku akan sentiasa bersama
sebab aku tak boleh hidup tanpa kamu
aku tau kamu juga tidak boleh hidup tanpa aku yang tak tau duduk diam
mulut mengalahkan 7/11 pot pet pot pet melainkan masa tidur baru la aman dunia.


bila aku baru nak bukak mulut kamu dah pandai2 susun ayat
"kenapa..i nampak gemuk eh"
cepat betul kamu put the words into the other mouth :P
kamu tak gemuk la..body figure kamu cantik sudah!



walaupun kini aku bekerja mencari rezeki untuk kesenangan
tapi aku takkan melupakan kamu yang tak penah bosan tolong aku
sekarang aku pulak akan tolong kamu semoga kita berjaya bersama.


ape perasaan aku sekarang?


aku sedang RINDU kamu dengan gelak kamu yang kelakar!
aku nak kamu sentiasa bersemangat kerana aku sentiasa ada untuk kamu

sebagai sahabat kamu sehingga nafas ku yang terakhir.

No comments:

Post a Comment